30.11.12


HAPPY DISEMBER :)

Pejam celik , pejam celik .. kita dah pun sampai ke penghujung tahun dan penghujung bulan iaitu disember .. please be nice to me :) tinggal sebulan lagi sebelum buka sekolah 2013 .. macam tak percaya je , next year aku dah jadi budak PMR .. hope dapat result yang baik .. Amin .
persiapan persekolahan pun belum beli lagi .. Nak cuti sebulan lagi :( haha .. mood tak puas bercuti .. semalam 30.11.2012 my sweet memories i won't forget :') apa kenangan tu ? secret lah .. hahaha .. tahun depan aku tak tahulah nasib aku macamana .. semua kawan-kawan aku pindah sekolah .. sedih :'/ aku tak nak pindah .. aku still nak sekolah kat situ .. tapi berdebar jugak first day sk .. yelah .. masa last sk tu , aku and the gang ada buat tepung banyak - banyak dalam kelas .. haha .. tak pasal-pasal kena denda kan .. takut ~ takut .. tapi hope cikgu dah lupakan semua yang kitorang buat haritu :) *muka tak bersalah*
sebelum tu , jangan lupa tau tengok perlawanan bola sepak malam ni #sempat lagi aku .. haha .. harimau malaya lawan garuda .. Rembat sampai gol ! 

Assalamualaikum :)
wah , picture bermain bola ..
nampaknya topik kali ni ialah bola lah kan ?
hehe .. 
Baru-baru ini, Harimau Malaya telah bangkit dari kekalahan lepas setelah dapat menewaskan Laos 4-1 .. ish , sejak bila pula aku minat dalam sukan bola ni ? biasanya , kalau tekan remote tv , siaran langsung perlawanan bola , teru tukar channel lain .. haha , tapi sekarang dah lain .. aku minat bola .. dapat pula kawan yang kaki bola sama macam aku .. memang best lah kan ..
aku minat bola sejak terengganu lwn n.sembilan tahun lepas .. sejak tulah , aku sehingga kini suka bola .. biarpun main bola pun aku tak mahir .. tapi tak apa .. boleh practice kan .. bila buka facebook pula , ramailah yang pakai jersey harimau malaya .. teringin nak beli :/ nak juga :/ 
Entry aku yang ni sikit je .. tak macam entry aku yang lain-lain tu .. kesuntukan masa lah katakan .. huhu .. sebelum aku sign out aku punya blog , aku nak cakap Harimau malaya, do the best untuk perlawanan malam esok , menentang garuda .. tunjukkan taring dan ngauman harimau malaya !

25.11.12

Did u smile today ?
Peace begins with a smile

It's amazing what a smile can hide 
A fake smiles can hide a million tears

Sometimes we smiles to hide sad ,
sometimes we smiles to hide a tears ..

I'm good with faking smiles 
It's only takes one smiles to stop one thosand tears




23.11.12

Assalamualaikum .. Tak jawab dosa , Kalau jawab sayang

Salam Jumaat :) hari ni aku buka semua akaun2 yang aku ada .. Myspace,Twitter, FB (2) , Blog dan yang terbaru .. aku sedang nak buat skype .. entah lh nak buat macamana .. boring punya pasal~ dalam aku duk syok2 ber-Tweet di twitter , Ting Tong ! bunyi chat di facebook .. 1 chat .. aku buka lah mesej chat tu , dia tulis "Perhatian ! buka link ini ! " belum sempat aku nak tekan link tu , sampai pula mesej dri dia juga "Kuatkan volume speaker di laptop anda, slpas itu .. barulah tekan link dibawah" aku kuatkan volume speaker sampai tahap 100 .. dah habis kuat dah .. aku pun tekan link tu .. tak ada apa-apa punn ... aku renung semakin dekat di laptop aku tu .. tiba2 keluar gambar hantuu dengan suara menggilai !! kuat pula tuu ! aku apalagi .. tutup mata , tutup telingga menjerit mcm org gila dah ! last2 tu aku tutup suis besar terus .. aku takut tahap gaban ! yelah , masa tu .. semua org keluar .. aku duk di rumah sorang2 ... lepas beberapa minit tu , aku on semula laptop .. aku buka semula fb aku , aku maki2 lah dekat budak tu .. dia tulis "hahaha" .. terus aku block dia n unfriend ! orang macamni kita mesti buat ┌∩┐(◣◢)┌∩┐  sama dia .. triple f*ck atas dahi kau !

21.11.12

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum semua ..
hari ni ada berita gembira pada semua tentang gaza ..
Gencatan senjata palestine-israel telah dipersetujui .. :) 
No more air-strike
No more boms
No more killing
Alhamdulillah .. Thank You Allah :')

19.11.12

Assalamualaikum ;) Hai *lambai tangan* waa , ada orang terjah blog aku nampaknya ! thanks yaw .. sekarang ni isu yang tengah panas adalah peperangan di GAZA .. Kesian betul aku tengok diorang .. mati di tembak , di bom .. budak-budak kecil pula ada yang mati , ada yang cedera teruk .. mengorban bnyak nyawa ... ada yang kehilangan ibubapa , keluarga , sahabat dll .. Bilalah kekejaman tu akan berakhir ? ermm .. Ya Allah , Selamatkanlah saudara-saudara islamku disana ... Amin .. Haritu ada MCD nak bagi burger free ? ohh -.- Apa aku kisah ? Kami semua takkan terpedaya lah .. Umat islam di palestin bermandi darah .. tak semudah tu kami semua nak diperdaya dengan tipu helah yahudi .. Memang segelintir cakap best dapat burger free .. tapi saudara2 islam kita di palestin ? mereka semua tu jangan katakan makan , nak makan pun belum tentu boleh sbb keadaan yang merunsingkan .. walaupun kami disini tak turut serta berperang disana ,.. tapi kami sentiasa mendoakan keselamatan saudara2 kami disana ... 

18.11.12

Berita Gembira dari Gaza.. :

Khabar gembira buat ummat Islam di seluruh dunia, buat kali pertama kapal perang Israel berjaya di tembak oleh Brigade Izzuddin Al-Qassam, pasukan ketenteraan Hamas berhasil menembak pagi ini Ahad (18/11) kapal perang Israel yang berada di kawasan berhampiran pantai Gaza dengan lima roket 107. Maklumat ini di maklumkan oleh pejuang Al-Qassam yang menyatakan bahwa pagi ini mereka melepaskan lima roket 107 ke arah kapal perang Israel, susulan dari itu media Israel menegaskan bahwa lima roket darat laut dilepaskan ke pantai Gaza. Namun mereka belum memaklumkan berapa jumlah dari tentera mereka yg terkorban atau luka di kalangan pasukan laut Israel.Mereka sedang menggali kubur besar untuk tentera Israel kali ini, yang pasti Mesir dan Turki sudah bersedia utk menyertai peperangan ini.. doakan kemenangan Islam yg sedang menghampiri..

Alhmadulillah :)

12.11.12


Hey ! Aku ada special info untuk korang semua ! Info ini aku copy yang blogger seseorang ni .. and dia dah izinkan aku untuk copy info ini daripada dia ... silalah ! best punya .. korang dalam kategori yang mana ? 1?2?3?atau ? Baca-Baca-Baca ~


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanitajenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Haa , so .. korang yang mana satu ? Aku nombor __ entah .. No komen :) 




Assalamualaikum Blogger semua !! Selamat petang !

Tadi aku melawat beberapa blog member2 aku .. menghilangkan bosan lah katakan .. apa yang menarik perhatian aku adalah kreativiti pada blog mereka .. memang cantiklah ! jeleous aku dibuat nya .. (^_^)y .. Aku nak share something pada blogger2 semua .. perkara yang kita biasa buat | 
  • Jalan2 → Nampak RM50 → Cover line → Slow2 masuk lam poket  .. pernah buat macamni ? hehe .. memang best bila dapat duit "free" macamtu kan .. tapi pada masa yang sama kita pun dapat dosa "free" juga .. haha ... 
  • Datang sekolah pagi → tengok kerusi tak ada → pusing kanan,kiri → Line clear → kebas kerusi kawan punya .. perkara ni memang selalu aku buat :) tapi aku kebas bila aku tengok kerusi aku dekat tempat orang lain lah! bukannya ambil yang orang .. oppss ! -.- hehe ..
  • Marah dengan kawan → sebab kawan sakitkan hati → masa rehat, orang tak ada dalam kelas → ambil gam → Sapu gam atas meja,kerusi → bila kawan duduk →  mula lah suka sorang2 .. haa .. yang ni , yang tak pernah buat dekat member2 .. tapi ada segelintir tu yang jenis berdendam mesti buat untuk puaskan hati .. ish-ish-ish
  • Exam dalam kelas → nak jawapan dari kawan → buat2 batuk → kawan pandang → buat isyarat tangan →  kawan pun angkat kertas → senyum sampai telinga → salin jawapan .. ok , yang ini pula taktik yang dah lapok .. time exam .. nak meniru .. huhu .. tapi aku lah yang buat --'
  • Selsema → tak ada tisu/sapu tangan → nak ke tandas, takut nk bagitau → tengok kiri,kanan → slow2 , tarik tudung → sapu dekat tudung ~_~ ini dah tahap apa ni ? hahaha ... no komen lah .
  • Jumpa cermin → duduk tenung muka → buat muka duckface → tiup2 tudung → senyum → teruskan perjalanan .. ini kaum hawa k .. tapi biasa lah .. aku pun pernah buat .. ops ! kantoii..

    sebenarnya banyak lagi yang aku ingin share , tapi masa tidak mengizinkan .. Jumpa lagi di next entry aku .. kalau korang pernah buat seperti di atas , senyum ~ haha .. okey .. Assalamualaikum .. (=

10.11.12


Hai !! warna-warni tulisan setiap entry aku .. sekejap warna lain , lepastu entry yang lain, lain pula warnanya .. Aku nak story-morry dekat korang semua yang sudi membaca Entry aku .. Aku ada seorang sepupu merangkap juga sebagai kawan .. kitorang ni selalu  bersama .. Bila nak buat "ketupat" mesti dengan dia .. haha .. Bila nak bergambar mesti dengan dia , semuanya dengan dia lah , dia cousin aku yang paling rapat sejak kecil .. sekolah tadika , rendah pun sama , tapi sekolah menengah kami berpisah :'( Tapi tak bermakna kitorang tak "sekepala" .. Nama dia adalah ..... JENG .. JENG .. JENG .. nama dia :- NUR NATASHA .. 
Inilah orang nya !! Ignore yang Di-Blurkan .. Kalau korang visit dia punya blog .. macamni aku cakap (Y) .. cantik soit ! 
Happy Holiday all !!

Lama betul aku tak update Blog kan ? Busy lah katakan dengan exam .. Next year aku menduduki peperiksaan bahaya punya .. haha .. so lebih fokuskan exam lah .. kurang update blog ... sedar tak sedar , kita dah pun akhir tahun 2012 .. dan ramai di facebook , twitter dll kecoh dengan tarikh hari ini .. iaitu 10/11/12 .. cantik bukan ? yep! memang cantik .. dan kalau korang nak tau , hari ni ramailah yang couple tapi tidak termasuk aku :) Tak ada masa nak fikir tu semua .. Anyway .. u all semua holiday dengan family dimana ?? spend time dengan family right .. mesti seronok kan ^_^ Blog adalah tempat aku meluang masa apabila aku bosan .. so aku akan spen time dengan Blog .. Banyak perubahan pada blog aku kan ? semua nya aku dah tukar , tapi tak lah secantik manapun .. sekadar sejuk mata memandang sudah mencukupi bagi aku. Actually aku dah tak tau nak  posting apa lagi .. thanks kepada yang sudi membaca entry aku yang tak seberapa sangat and kepada kakak2 form 5 .. Good Luck For SPM .. (': Aku out dulu .. Jangan lupa untuk membaca entry aku yang akan datang :) Assalamualaikum .,